Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Monday, October 24, 2011

Sungai


Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. ( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #3)

Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. ( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #15)

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! ( سورة
محمد , Muhammad, Chapter #47, Verse #15)

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. ( سورة البينة , Al-
Bayyina, Chapter #98, Verse #8)

Dari Sudut Sains - Air sungai hanya akan mengalir apabila ada perbezaan ketinggian. Ini bermakna air sungai akan mengalir dari gunung atau bukit ke arah laut atau tempat yang lebih rendah. Maka apabila tersesat di hutan rimba, gunakanlah aliran air sungai untuk ke muara sungai.

Letakkan daun di permukaan sungai, da ikutilah arah pergerakan daun dan aliran air sungai tersebut. Insya Allah anda akan dijumpai di muara atau kuala sungai. Jika tidak pastinya anda akan terus mendaki dan mendaki sampai ke puncak gunung!!

Sungai juga merupakan satu laluan untuk proses pembersihan. Namun jangan sewenang-wenangnya melontarkan apa saja ke dalam sungai. Sayangilah sungai kita. Sungai merupakan lambang kehidupan dan ketamadunan manusia di bumi ciptaan Allah swt.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0966

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa-bawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1773

Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Ketika aku berjalan dalam syurga, kebetulan bertemu dengan sebuah sungai, kedua tepinya kubah mutiara yang berlubang di dalamnya. Aku bertanya: "Apakah ini, hai Jibril?" Jawabnya: "lnilah sungai Kautsar, yang diberikan Tuhan kepada engkau, sedang baunya bagai kasturi."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0300

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bagaimanakah pendapat anda semua, jikalau sebuah sungai mengalir dekat pintu rumah anda; kemudian anda mandi di sungai itu lima kali sehari. Masih adakah daki yang tinggal di badannya?" Jawab mereka,"Tidak tinggal sedikit pun. " Sabda beliau, "Begitulah perumpamaan solat yang lima waktu; Allah menghapuskan dengannya segala kesalahan."


Saturday, October 22, 2011