Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Sunday, July 29, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1433H.

Saturday, January 21, 2012

EMPAT



Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0028 Topik adalah Wahyu.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi saw. bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya.

Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu:
1. Apabila dipercaya, dia khianat.
2. Apabila berkata, dia dusta.
3. Apabila berjanji, dia mungkir.
4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0858 Topik adalah Solat.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Bahawasanya Nabi saw. solat (gerhana) empat kali rukuk dan empat kali sujud, dalam dua rakaat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0857 Topik adalah Solat.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, pernah terjadi gerhana matahari.

Maka Rasulullah saw. menyuruh orang untuk memanggil orang ramai solat berjemaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang, lalu beliau takbir dan solat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0712 Topik adalah Solat.
Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana caranya Nabi saw. solat dalam (malam) bulan Ramadhan?"

Jawab 'Aisyah, "Beliau solat tidak lebih dari sebelas rakaat, baik dalam bulan Ramadhan maupun lainnya. Mula-mula beliau solat empat rakaat. Jangan tanya, alangkah bagus dan lamanya. Kemudian empat rakaat lagi, jangan tanya pula tentang bagus dan lamanya.

Kemudian solat witir tiga rakaat." Kata 'Aisyah, dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., apakah beliau tidur lebih dahulu sebelum witir.

Jawab beliau, "Wahai, 'Aisyah! Kedua mata ku memang kelihatan tidur, tetapi hatiku tidak."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1505 Topik adalah JualBeli.
Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. kami pernah berusaha menyewakan tanah.

Kami sewakan dengan memungut seperti atau seperempat dari hasil tanamannya tertentu. Pada suatu hari datang salah seorang pakcik ku, lalu dia berkata: "Rasulullah saw. melarang kita melakukan usaha yang menguntungkan ini.

Tetapi mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya lebih bermanfaat bagi kita. Beliau melarang kita menyewakan tanah dengan memungut sepertiga atau seperempat hasil tanaman atau makanan tertentu.

Allah memerintahkan kita supaya menanaminya sendiri atau ditanami orang lain tanpa memungut sewa atau yang seumpamanya."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1442 Topik adalah Cerai.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Sa'ad bin 'Ubadah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Jikalau aku mendapati isteri ku berduaan dengan lelaki lain, tidak bolehkah aku memukul laki-laki itu sebelum ada saksi empat orang?"

Jawab Rasulullah saw., "Ya, benar!" Kata Sa'ad, "Demi Allah yang mengutus anda dengan yang hak, jika akulah yang mejumpainya, ku penggal dia lebih dahulu sebelum empat orang saksi datang."

Sabda Rasulullah saw: "Dengarlah kata pemimpin mu! Sa'ad ini sungguh cemburu; tetapi aku lebih cemburu daripadanya; dan Allah Ta'ala lebih cemburu pula daripada ku."

TIGA



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0553 Topik adalah Solat.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali,

"kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: 'La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0117 Topik adalah Wuduk.

Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta seember air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali.

Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali.

Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0749 Topik adalah Zakat.
Dari Anas r.a., katanya Abu Sakar, memerintahkannya pergi ke Bahrain (untuk mengumpulkan zakat).

Beliau menulis surat untuk menyusul keberangkatan nya itu, sebagai berikut: "Bismillahirrahmanirrahim. Inilah perintah zakat yang diwajibkan Rasulullah kepada seluruh umat Islam sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya itu. kerana itu, siapa saja di antara kaum Muslimin yang diminta zakatnya sesuai dengan ketentuannya, hendaklah diberikannya, dan siapa yang diminta lebih dari mestinya, janganlah diberikannya.

Dari lima sampai dua puluh empat ekor unta, zakatnya seekor Syaatun (biri-biri) untuk setiap lima unta. Dua puluh lima sampai dengan tiga puluh lima ekor, zakatnya seekor Bintu Makhadh.

Dari tiga puluh enam sampai dengan empat puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan empat puluh enam sampai dengan enam puluh ekor unta, zakatnya seekor Hiqqah Tharuqatul Jamal.

Dan enam puluh satu sampai dengan tujuh puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Jaz'ah. Dari tujuh puluh enam sampai sembilan puluh ekor, zakatnya dua ekor Bintu Labun. Dan sembilan puluh satu sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya dua ekor hiqqah tharuqatul jamal. Dan seratus dua puluh sampai seterusnya, tiap-tiap empat puluh ekor, zakatnya seekor Bintu Labun.

Dan tiap-tiap lima puluh ekor, zakatnya seekor Hiqqah. Siapa yang mempunyai empat ekor unta, ia tidak wajib zakat kecuali kalau ia suka mengelurkannya. Tetapi apabila ia mempunyai lima ekor, ia wajib zakat seekor biri-biri. Zakat ghanam (kambing/biri-biri) ialah ghanam yang lepas.

Mulai dari empat puluh sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari seratus dua puluh sampai dengan dua ratus, dua ekor Syaatun. Dari dua ratus sampai dengan tiga ratus, zakatnya tiga ekor Syaatun.

Dari tiga ratus sampai seterusnya, tiap-tiap seratus, zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari empat puluh ekor, biarpun hanya kurang seekor, tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau ia suka membayarnya.

Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu. Tetapi kalau harganya cuma seratus sembilan puluh, tidak wajib zakatnya, kecuali kalau yang punya ingin mengeluarkannya.

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0177 Topik adalah Bersuci.
Humran, hamba sahaya 'Usman bin Affan r.a. menceritakan, bahawa 'Usman minta air untuk berwuduk. Mula-mula dicucinya kedua tapak tangannya tiga kali.

Sesudah itu dia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian dia mencuci muka tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kanan hingga siku tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kiri seperti yang kanan.

Kemudian menyapu kepala. Kemudian mencuci kaki kanan hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian mencuci kaki kiri seperti yang kanan. Sesudah itu dia berkata, "Seperti itulah ku lihat Rasulullah saw. berwuduk.

Sesudah itu Rasulullah saw. bersabda: "Siapa berwuduk seperti wuduk ku ini, dan kemudian dia solat dua rakaat tanpa bercakap dengan dirinya sendiri (tanpa berangan-angan), diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu."

SATU Perjalanan



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0134 Topik adalah Iman.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jibril membawakan kepada ku seekor Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal. Ia dapat melompat sejauh mata memandang.

Haiwan itu lalu ku tunggangi sampai ke Baitul Makdis. Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.

Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu.

Kata Jibril, "Dan Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi" (Maryam : 57). Kemudian kami naik ke langit kelima.

Jibril a.s. minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa Anda?" Jawab, "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad saw." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Setelah itu pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepada ku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit ke enam. Lalu Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapakah Anda?" Jawab: "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Sesudah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepada ku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa Anda?" Jawab: "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad saw." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Sesudah itu, lalu pintu dibuka untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s. sedang bersandar ke Baitul Ma'mur, di mana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawa ku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya.

Lalu Allah menurunkan wahyu kepada ku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam. Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s. Musa bertanya, "Apa yang telah diwajibkan Tuhan mu kepada umatmu?" Jawab ku, "Solat 50 kali."

Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap Bani Israil." Kata Nabi saw., "Aku kembali kepada Tuhan ku, lalu aku memohon, Ya Tuhan! Berilah umat ku keringanan!' Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima."

Kata Musa, "Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhan mu dan mintalah keringanan." Kata' Nabi saw. selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhan ku Tabaraka wa Ta'ala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam.



Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan.

Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya (pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya.

Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s., lalu ku ceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhan ku itu.

Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, dan mintalah keringanan." Jawab Rasulullah saw., "Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhan ku meminta keringanan, sehingga aku malu kepadaNya.