Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.
( سورة النساء , An-Nisa, Juzuk #4, Ayat #13)
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
( سورة النساء , An-Nisa, Juzuk #4, Ayat #174)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Juzuk #5, Ayat #35)
Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Juzuk #5, Ayat #119)
Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya dan itulah kejayaan yang jelas nyata.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Juzuk #6, Ayat #16)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Juzuk #6, Ayat #135)
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( سورة التوبة , At-Taubah, Juzuk #9, Ayat #72)
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( سورة يونس , Yunus, Juzuk #10, Ayat #64)
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
( سورة هود , Hud, Juzuk #11, Ayat #49)
Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami).
( سورة هود , Hud, Juzuk #11, Ayat #122)
Jangan tertipu! Carilah kejayaan hakiki
http://www.niknasri.com/?p=932Di dunia, manusia sentiasa memburu kejayaan. Tanyalah pelajar UPSR, PMR, SPM dan IPT, apa yang mereka buru. Tanyalah artis, kejayaan bagaimana yang mereka cari. Anugerah itu, anugerah ini. Tanyalah ahli sukan, kejayaan apa yang mereka buru.
tazkirah terawih kejayaan sebenar 31 aug 09
Allah berfirman dalam ayat ke 100 surah at-Taubah, maksudnya:
“Orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah. Dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan/kejayaan yang besar.”
Ayat di atas disebut di sebelah atas mukasurat kanan mushaf. Sementara ayat pada mukasurat sebelah kiri paling di bawah, Allah berfirman pada ayat 111, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu. Dan itulah kemenangan yang besar.”
Samada kebetulan ditulis dalam mushaf begitu atau dengan hikmah tersembunyi, kita ketemu dengan 2 ayat yang menegaskan tentang kemenangan besar bagi mereka yang memburu kemenangan hakiki. Dan tetntulah mereka yang menang itu punya ciri-ciri tertentu. Ringkasnya ialah seperti berikut:
-pertama-tama masuk Islam, segera menuruti kebenaran dan kebaikan.
-ikut jejak Muhajirin dan Ansar dengan baik.
-redha kepada Allah
-jual diri dan harta untuk agama Allah, berjihad pada jalan Allah, meninggikan kalimahNya sehingga sanggup mati kerananya.
Ada manusia sanggup patah kaki kerana bola. Ada yang sanggup pengsan kerana berlumba lari. Ada yang sanggup berjam-jam kerana hanya menunggu seekor ikan sangkut di mata kail. Ada yang sanggup patah tulang belakang kerana wrestling. Allah tawarkan kepada kita untuk menjadi juara dan menang dengan ‘piala’ paling hebat dalam hidup sementara ini dengan ciri-ciri manusia dalam ayat di atas.
Jadilah orang bijak dalam membuat pilihan.