Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Wednesday, February 23, 2011

Madu dan Sains

Madu dalam al-Quran begitu istimewa..malah di dalam kajian sains ,madu sangat banyak khasiatnya.

Firman Allah:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #69)



Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibni Majah)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a Rasulullah saw bersabda:

"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."

Di dalam kitab Tibbun Nabawi(Ibn Qayyim) menyebutkan pantang larang penggunaan madu lebah :
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai/timun cina bersama-sama dengan madu kerana boleh membawa bahaya/maut.Mungkin hasil tindakbalas kimia daripada percampuran dua bahan tersebut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu. Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.

Sungguh menarik untuk diketahui bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada lebah, seperti yang telah dijelaskan oleh Allah.

Lebah memproduksi madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang memproduksi susu jauh melebihi keperluan anak-anaknya.

Menurut Kajian sains pula menunjukkan beberapa analisa peratusan kandungan madu.

Analisis peratusan struktur molekul tertentu dalam kandungan nutrisi madu lebah adalah seperti berikut:

Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3% , Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1% ,Air: 17.2% ,Gula lain: 1.5% , Lain-lain: 3.2%
Manakala dari segi ketumpatannya, madu lebah mempunyai ketumpatan 36% lebih tumpat daripada air.
Madu lebah mengandungi beberapa Mineral di dalamnnya iaitu:
* Kalsium (Ca), Phosphor (P), Sulfur, Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Karbon, Riboflavin, Kalium, Ferum, Zink, klorin, iodin, kuprum, silika dan
Madu lebah mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B kompleks, C dan E.

Persoalan, mengapakah Madu lebah membekalkan tenaga segera jika dibandingkan dengan makanan lain?

Ini adalah kerana purata kandungan jumlah gula paling ringkas monosakarida(Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%), dalam madu lebah iaitu sebanyak ~ 70 % .

Kandungan gula paling ringkas monosakarida yang banyak ( ~70 %) yang secara langsung membekalkan tenaga segera untuk sebarang aktiviti. Penukaran gula kepada gula paling ringkas monosakarida ini sebenarnya telah dilakukan melalui air liur lebah.

Berbeza dengan gula ringkas disakarida yang sedikit jumlahnya di dalam madu lebah (Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1%) hanya ~ 9 % perlu menjalani tindabalas kimia yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida glukosa dan fruktosa sebelum digunakan untuk tenaga bagi sebarang aktiviti.

Gula harian biasa yang dimakan iaitu sukrosa adalah gula ringkas disakarida yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida sebelum digunakan untuk tenaga . Ini memberatkan kerja proses kimia dan fisiologi di dalam badan berbeza dengan manisan madu lebah asli yang kaya dengan gula paling ringkas monosakarida( Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%) iaitu sebanyak ~ 70 % yang terus membekalkan tenaga.

Struktur kimia glukosa dan sukrosa ditunjukkan seperti berikut :

Glukosa : monosakarida

Sukrosa: Disakarida memerlukan enzim ‘invertase’ atau ‘amilase’untuk menghasilkan monosakarida

Oleh itu madu lebah terkenal kegunaannya sebagai pemulih tenaga dan saraf.

Kajian telah menunjukkan bahawa bacteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu lebah. Ini disebabkan oleh factor zat mineral Kalium di dalam madu yang menghisap lembapan dari bacteria yang penting untuk kehidupan.

Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Khasiat madu dapat dijelaskan seperti berikut iaitu:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
Membantu melawaskan sistem pencernaan
Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
Mengurangkan parut
Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Lihatlah bagaimana madu yang diwahyukan Allah menjadi suatu yang begitu berkhasiat di dalam dunia sains..fikir-fikirkan lah...