Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Monday, February 28, 2011

Air dari Celahan Batu


Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #74)

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air,
( سورة يس , Ya Seen, Chapter #36, Verse #34)

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?.
( سورة الملك , Al-Mulk, Chapter #67, Verse #30)

Saturday, February 26, 2011

Mesin Kira Bersuara



Betapa pentingnya ilmu matematik atau kiraan dalam kehidupan seharian.

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #203)


Sesi Interktif > Cahaya dan Bayang-Bayang



Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #48)

Sesi Interaktif > Bumi, Bulan & Matahari



Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #96)

Sesi Interaktif > Bahan-Bahan (Materials)



Source from http://www.bbc.co.uk/schools/ks2bitesize/science/physical_processes/

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
( سورة لقمان , Luqman, Chapter #31, Verse #16)

Thursday, February 24, 2011

Makan dan Makanan


Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #57)

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #96)

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
( سورة يوسف , Yusuf, Chapter #12, Verse #48)

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
( سورة إبراهيم , Ibrahim, Chapter #14, Verse #32)

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #66)

(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
( سورة الطور , At-tur, Chapter #52, Verse #19)

Wednesday, February 23, 2011

Madu dan Sains

Madu dalam al-Quran begitu istimewa..malah di dalam kajian sains ,madu sangat banyak khasiatnya.

Firman Allah:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #69)



Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibni Majah)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a Rasulullah saw bersabda:

"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."

Di dalam kitab Tibbun Nabawi(Ibn Qayyim) menyebutkan pantang larang penggunaan madu lebah :
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai/timun cina bersama-sama dengan madu kerana boleh membawa bahaya/maut.Mungkin hasil tindakbalas kimia daripada percampuran dua bahan tersebut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu. Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.

Sungguh menarik untuk diketahui bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada lebah, seperti yang telah dijelaskan oleh Allah.

Lebah memproduksi madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang memproduksi susu jauh melebihi keperluan anak-anaknya.

Menurut Kajian sains pula menunjukkan beberapa analisa peratusan kandungan madu.

Analisis peratusan struktur molekul tertentu dalam kandungan nutrisi madu lebah adalah seperti berikut:

Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3% , Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1% ,Air: 17.2% ,Gula lain: 1.5% , Lain-lain: 3.2%
Manakala dari segi ketumpatannya, madu lebah mempunyai ketumpatan 36% lebih tumpat daripada air.
Madu lebah mengandungi beberapa Mineral di dalamnnya iaitu:
* Kalsium (Ca), Phosphor (P), Sulfur, Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Karbon, Riboflavin, Kalium, Ferum, Zink, klorin, iodin, kuprum, silika dan
Madu lebah mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B kompleks, C dan E.

Persoalan, mengapakah Madu lebah membekalkan tenaga segera jika dibandingkan dengan makanan lain?

Ini adalah kerana purata kandungan jumlah gula paling ringkas monosakarida(Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%), dalam madu lebah iaitu sebanyak ~ 70 % .

Kandungan gula paling ringkas monosakarida yang banyak ( ~70 %) yang secara langsung membekalkan tenaga segera untuk sebarang aktiviti. Penukaran gula kepada gula paling ringkas monosakarida ini sebenarnya telah dilakukan melalui air liur lebah.

Berbeza dengan gula ringkas disakarida yang sedikit jumlahnya di dalam madu lebah (Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1%) hanya ~ 9 % perlu menjalani tindabalas kimia yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida glukosa dan fruktosa sebelum digunakan untuk tenaga bagi sebarang aktiviti.

Gula harian biasa yang dimakan iaitu sukrosa adalah gula ringkas disakarida yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida sebelum digunakan untuk tenaga . Ini memberatkan kerja proses kimia dan fisiologi di dalam badan berbeza dengan manisan madu lebah asli yang kaya dengan gula paling ringkas monosakarida( Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%) iaitu sebanyak ~ 70 % yang terus membekalkan tenaga.

Struktur kimia glukosa dan sukrosa ditunjukkan seperti berikut :

Glukosa : monosakarida

Sukrosa: Disakarida memerlukan enzim ‘invertase’ atau ‘amilase’untuk menghasilkan monosakarida

Oleh itu madu lebah terkenal kegunaannya sebagai pemulih tenaga dan saraf.

Kajian telah menunjukkan bahawa bacteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu lebah. Ini disebabkan oleh factor zat mineral Kalium di dalam madu yang menghisap lembapan dari bacteria yang penting untuk kehidupan.

Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Khasiat madu dapat dijelaskan seperti berikut iaitu:

Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
Membantu melawaskan sistem pencernaan
Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
Mengurangkan parut
Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Lihatlah bagaimana madu yang diwahyukan Allah menjadi suatu yang begitu berkhasiat di dalam dunia sains..fikir-fikirkan lah...

Akal Fikiran


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #164)

Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

“Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”
Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!”

Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Kisah selanjutnya di laman web http://aferiza.wordpress.com/

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #269)

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #44)

Tuesday, February 22, 2011

Buah Anggur dan Zaitun



"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
(  سورة يوسف  , Yusuf, Chapter #12, Verse #49)


Anggur - mampu mencegah pembentukan lemak dalam perut

Salah satu buah-buahan yang di sebut dalam al-Quran adalah anggur selain kurma dan buah zaitun.  Ia ternyata mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan manusia.  Anggur mempunyai antioksidan yang dapat mencegah pembentukan lemak dalam perut.  Di samping itu, ia sangat baik untuk ginjal dan hati serta mampu mencegah pembentukan kanser.  Ia juga baik untuk mencegah serangan jantung, kekejangan otot, lelah, infeksi virus dan kerosakan gigi.

Sumber: http://cempakamelati.blogspot.com/2011/01/anggur-mampu-mencegah-pembentukan-lemak.html

Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
(  سورة النحل  , An-Nahl, Chapter #16, Verse #11)

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(  سورة النور  , An-Noor, Chapter #24, Verse #35)

Lembu Betina


Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #51)

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina. Mereka berkata: Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #67)

Monday, February 21, 2011

Video You Tube KEBESARAN ALLAH SWT - PERHITUNGAN ALAM SEMESTA

KEBESARAN ALLAH SWT - PERHITUNGAN ALAM SEMESTA

 Firman allah:
Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  
(  سورة العنكبوت  , Al-Ankaboot, Chapter #29, Verse #20



Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?  
(  سورة الملك  , Al-Mulk, Chapter #67, Verse #3)


Di harapkan dengan video ini dapat menambahkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita kepada ALLAH...

Saturday, February 19, 2011

Video YouTUBE | AlQuran dan Sains

Video yang dipetik dari YouTUBE mengisahkan AlQuran dan fenomena Sains.



Durasi tayangan 3 minit 48 saat ini, dengan perantara berbahasa Melayu dan bersarikata Melayu begitu mengkagumkan mengenai beberapa ciptaan Allah swt. Pengajaran dari Surah Al-Mulk.

Mata tidak puas memandang keindahan ciptaanNya
Hati tidak pernah puas menrima ilham-ilhamNya
Aqal tidak puas meneliti peraturan dan kehalusanNya

Tonton lain-lain Video AlQuran dan Sains dari YouTUBE
Gunung Mencegah Gempa Bumi


Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #3)

Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
( سورة الحجر , Al-Hijr, Chapter #15, Verse #19)

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia
meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak
menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan padanya segala macam
jenis binatang.” (QS. Luqman:10)

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan dan gunung-
gunung sebagai pasak?” (QS. An-Naba:7)

Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #15)

Informasi yang diperoleh melalui penelitian geologi tentang gunung
sangatlah sesuai dengan ayat Al Quran.



Selain itu, tekanan pergunungan pada kerak bumi ternyata mencegah
pengaruh aktiviti magma di pusat bumi agar tidak mencapai permukaan
bumi, sehingga mencegah magma menghancurkan kerak bumi.

Matahari ciptaan Allah

Begitu banyak bukti di dalam al-Quran yang menjelaskan kebesaran Allah menciptakan matahari yang memberi banyak faedah kepada hambanya.


Maksud firman Allah iaitu:

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #258)

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #78)

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #96)

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #5)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #2)

Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
( سورة إبراهيم , Ibrahim, Chapter #14, Verse #33)

Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #12)

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #17)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #33)

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
( سورة الفرقان , Al-Furqan, Chapter #25, Verse #45)

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
( سورة العنكبوت , Al-Ankaboot, Chapter #29, Verse #61)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
( سورة فاطر , Fatir, Chapter #35, Verse #13)

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
( سورة يس , Ya Seen, Chapter #36, Verse #38)

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
( سورة الصافات , As-Saaffat, Chapter #37, Verse #5)



Allah menurunkan Al Quran kepada manusia empat belas abad yang lalu.
Beberapa fakta yang baru dapat diungkapkan dengan teknologi abad ke-
21 ternyata telah dinyatakan Allah dalam Al Quran empat belas abad
yang lalu. Hal ini menunjukkan bahwa Al Quran adalah salah satu
bukti terpenting yang memungkinkan kita mengetahui keberadaan Allah.

Dalam Al Quran, terdapat banyak bukti bahwa Al Quran berasal dari
Allah, bahawa umat manusia tidak akan pernah mampu membuat sesuatu
yang menyerupainya. Salah satu bukti ini adalah ayat-ayat (tanda-
tanda) Al Quran yang terdapat di alam semesta.

banyak informasi yang ada dalam Al Quran ini sesuai dengan yang ada di
dunia eksternal. Allahlah yang telah menciptakan alam semesta dan
kerananya memiliki pengetahuan mengenai semua itu. Allah juga yang
telah menurunkan Al Quran. Bagi orang-orang beriman yang teliti,
sungguh-sungguh, dan arif, banyak sekali informasi dan analisis
dalam Al Quran yang dapat mereka lihat dan pelajari.

Meskipun demikian, perlu diingat bahwa Al Quran bukanlah buku ilmu
pengetahuan. Tujuan diturunkannya Al Quran adalah sebagaimana yang
diungkapkan dalam ayat-ayat berikut:

“… untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang
berpikir.” (QS. Al Mu’min: 54)

Betapapun, Al Quran juga memberi informasi dasar mengenai beberapa
hal seperti penciptaan alam semesta, kelahiran manusia, struktur
atmosfera, dan keseimbangan di langit dan di bumi. Kenyataan bahawa
informasi dalam Al Quran tersebut sesuai dengan penemuan terbaru ilmu
pengetahuan modern adalah hal penting, kerana kesesuaian ini
menegaskan bahwa Al Quran adalah “firman Allah”. Menurut ayat “Maka
apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran
itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan
yang banyak di dalamnya” (Surat an-Nisa: 82), terdapat keserasian
yang luar biasa antara pernyataan di dalam Al Quran dan dunia
eksternal.

Pada halaman-halaman berikut kita akan membahas kesamaan yang luar
biasa antara informasi tentang alam semesta yang ada dalam Al Quran
dan dalam ilmu pengetahuan.

Persoalan mengenai bagaimana alam semesta yang tanpa cacat ini mula-
mula terbentuk, ke mana tujuannya, dan bagaimana cara kerja hukum-
hukum yang menjaga keteraturan dan keseimbangan, sejak dulu
merupakan topik yang menarik.

Sekarang,marilah kita lihat bagaimana fakta-fakta yang sangat penting ini
dijelaskan oleh ilmu pengetahuan.

“Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih
kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan
bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Mahakuasa atas segala
sesuatu.” (Surat al-Hadid: 1-2)

Pada tahun 1929, di observatorium Mount Wilson di California,
seorang astronomi Amerika bernama Edwin Hubble membuat salah satu
penemuan terpenting dalam sejarah astronomi. Ketika tengah mengamati
bintang dengan teleskop raksasa, dia menemukan bahawa cahaya yang
dipancarkan bintang-bintang bergeser ke hujung merah spektrum. Ia pun
menemukan bahawa pergeseran ini terlihat lebih jelas jika bintangnya
lebih jauh dari bumi. Penemuan ini menggemparkan dunia ilmu
pengetahuan. Berdasarkan hukum-hukum fizik yang diakui, spektrum
sinar cahaya yang bergerak mendekati titik pengamatan akan cenderung
ungu, sementara sinar cahaya yang bergerak menjauhi titik pengamatan
akan cenderung merah. Pengamatan Hubble menunjukkan bahawa cahaya
dari bintang-bintang cenderung ke arah warna merah. Ini bererti
bahawa bintang-bintang tersebut sentiasa bergerak menjauhi kita.

Tidak lama sesudah itu, Hubble membuat penemuan penting lainnya:
Bintang dan galaksi bukan hanya bergerak menjauhi kita, namun juga
saling menjauhi. Agar lebih mudah dimengerti, bayangkan alam semesta seperti
permukaan balon yang tengah ditiup. Sama seperti titik-titik pada
permukaan balon akan saling menjauhi karena balonnya mengembang,
benda-benda di angkasa saling menjauhi karena alam semesta terus
memuai. Sebenarnya, fakta ini sudah pernah ditemukan secara
teori.
Albert Einstein, salah seorang ilmuwan termasyhur abad
ini, ketika mengerjakan Teori Relativitas Umum, pada mulanya
menyimpulkan bahawa persamaan yang dibuatnya menunjukkan bahawa alam
semesta tidak mungkin statik.

Alam semesta tercipta akibat meledaknya titik tunggal
yang memiliki volume nol tersebut. Ledakan hebat yang menandakan
awal terbentuknya alam semesta ini dinamakan Ledakan Besar (Big
Bang), dan teori ini dinamai mengikuti nama ledakan tersebut.

Harus dikatakan di sini bahawa “volume nol” adalah istilah teori
yang bertujuan deskriptif. Ilmu pengetahuan hanya mampu
mendefinisikan konsep “ketiadaan”, yang melampaui batas pemahaman
manusia, dengan menyatakan titik tunggal tersebut sebagai “titik
yang memiliki volume nol”. Sebenarnya, “titik yang tidak memiliki
volume” ini berarti “ketiadaan”. Alam semesta muncul dari ketiadaan.
Dengan kata lain, alam semesta diciptakan.

Fakta ini, yang baru ditemukan oleh fizik moden pada akhir abad
ini, telah diberitakan Al Quran empat belas abad yang lalu:

“Dia Pencipta langit dan bumi.” (QS. Al An’am:101)

Jika kita membandingkan pernyataan pada ayat di atas dengan teori
Ledakan Besar, terlihat kesamaan yang sangat jelas. Namun, teori ini
baru diperkenalkan sebagai teori ilmiah pada abad ke-20.

Meskipun fakta di atas baru ditemukan pada abad ke-20, Allah telah memberitahukan kenyataan ini kepada kita dalam Al Quran 1.400 tahun yang lalu:

“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya
Kami benar-benar berkuasa.” (Surat Adz-Dzariyat: 47)

Pada tahun 1948, George Gamov mengemukakan gagasan lain mengenai
teori Ledakan Besar. Dia menyatakan bahwa setelah terbentuknya alam
semesta dari ledakan hebat, di alam semesta seharusnya terdapat
surplus radiasi, yang tersisa dari ledakan tersebut. Lebih dari itu,
radiasi ini seharusnya tersebar merata di seluruh alam semesta.

Bukti “yang seharusnya ada” ini segera ditemukan. Pada tahun 1965,
dua orang peneliti bernama Arno Penzias dan Robert Wilson, menemukan
gelombang ini secara kebetulan. Radiasi yang disebut “radiasi latar
belakang” ini tampaknya tidak memancar dari sumber tertentu, tetapi
meliputi seluruh ruang angkasa. Dengan demikian, dapat dipahami
bahawa gelombang panas yang memancar secara seragam dari segala arah
di angkasa ini merupakan sisa dari tahapan awal Ledakan Besar.
Penzias dan Wilson dianugerahi Hadiah Nobel untuk temuan ini.

Bukti penting lain berkenaan dengan Ledakan Besar adalah jumlah
hidrogen dan helium di ruang angkasa. Pada penghitungan terbaru,
diketahui bahawa konsentrasi hidrogen-helium di alam semesta sesuai
dengan penghitungan teori konsentrasi hidrogen-helium yang
tersisa dari Ledakan Besar. Jika alam semesta tidak memiliki awal
dan jika alam semesta ada sejak adanya keabadian (waktu yang tak
terhingga), seharusnya hidrogen terpakai seluruhnya dan diubah
menjadi helium.

Semua bukti kuat ini memaksa komuniti ilmiah untuk menerima teori
Ledakan Besar. Model ini merupakan titik terakhir yang dicapai oleh
para ahli kosmologi berkaitan dengan awal mula dan pembentukan alam
semesta.

Dennis Sciama, yang membela teori keadaan ajeg (steady-state)
bersama Fred Hoyle selama bertahun-tahun, menggambarkan posisi
terakhir yang mereka capai setelah terkumpulnya semua bukti tentang
teori Ledakan Besar. Sciama mengatakan bahwa ia telah ambil bagian
dalam perdebatan sengit antara para pembela teori keadaan ajeg dan
mereka yang menguji dan berharap dapat menyangkal teori tersebut.


Zat dan ruang/waktu diciptakan oleh Yang Maha Pencipta, yaitu Dia
yang terlepas dari gagasan tersebut. Sang Pencipta adalah Allah, Dia
adalah Raja di surga dan di bumi.

Allah memberi tahu bukti-bukti ilmiah ini dalam Kitab-Nya, yang Dia
turunkan kepada kita manusia empat belas abad lalu untuk menunjukkan
keberadaan-Nya.


Orbit Dan Alam Semesta Yang Beroperasi

Salah satu sebab utama yang menghasilkan keseimbangan di alam
semesta, tidak diragukan lagi, adalah beredarnya benda-benda angkasa
sesuai dengan orbit atau lintasan tertentu. Walaupun baru diketahui
akhir-akhir ini, orbit ini telah ada di dalam Al Quran:

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan
bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis
edarnya.” (QS. Al Anbiya:33)

Bintang, planet, dan bulan berputar pada sumbunya dan dalam
sistemnya, dan alam semesta yang lebih besar bekerja secara teratur
seperti pada roda gigi suatu mesin. Tata surya dan galaksi kita juga
bergerak mengitari pusatnya masing-masing. Setiap tahun bumi dan
tata surya bergerak 500 juta kilometer menjauhi posisi sebelumnya.
Setelah dihitung, diketahui bahwa bila suatu benda langit menyimpang
sedikit saja dari orbitnya, hal ini akan menyebabkan hancurnya
sistem tersebut. Misalnya, marilah kita lihat apa yang akan terjadi
bila orbit bumi menyimpang 3 mm lebih besar atau lebih kecil dari
yang seharusnya.

“Selagi berotasi mengitari matahari, bumi mengikuti orbit yang
berdeviasi sebesar 2,8 mm dari lintasannya yang benar setiap 29 km.
Orbit yang diikuti bumi tidak pernah berubah karena penyimpangan
sebesar 3 mm akan menyebabkan kehancuran yang hebat. Andaikan
penyimpangan orbit adalah 2,5 mm, dan bukan 2,8 mm, orbit bumi akan
menjadi sangat luas dan kita semua akan membeku. Andaikan
penyimpangan orbit adalah 3,1 mm, kita akan hangus dan mati.” (Bilim
ve Teknik, Juli 1983)

Berjarak 150 juta km dari bumi, matahari menyediakan energi yang
kita perlukan secara terus-menerus.


Di angkasa yang berenergi sangat besar ini, atom hidrogen
terus-menerus berubah menjadi helium. Setiap detik 616 miliar ton
hidrogen berubah menjadi 612 miliar ton helium. Selama sedetik itu,
energi yang dihasilkan sebanding dengan ledakan 500 juta bom atom.

Kehidupan di bumi dimungkinkan oleh adanya energi dari matahari.
Keseimbangan di bumi yang tetap dan 99% energi yang diperlukan untuk
kehidupan disediakan oleh matahari. Separuh tenaga ini berbentuk cahaya, sedangkan sisanya berbentuk sinar ultraviolet,dan berbentuk panas.

Sifat lain dari matahari adalah memuai secara berkala seperti
lonceng. Hal ini berulang setiap lima minit dan permukaan matahari
bergerak mendekat dan menjauh 3 km dari bumi dengan kecepatan 1.080
km/jam.

Matahari hanyalah salah satu dari 200 juta bintang dalam Bimasakti.
Meskipun 325.599 kali lebih besar dari bumi, matahari merupakan
salah satu bintang kecil yang terdapat di alam semesta. Matahari
berjarak 30.000 tahun cahaya dari pusat Bimasakti, yang berdiameter
125.000 tahun cahaya. (1 tahun cahaya = 9.460.800.000. 000 km.)

Perjalanan Matahari

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS. Yasin:38)

Berdasarkan perhitungan para astronomi, akibat aktiviti galaksi
kita, matahari berjalan dengan kecepatan 720.000 km/jam menuju Solar
Apex, suatu tempat pada bidang angkasa yang dekat dengan bintang
Vega. (Ini bererti matahari bergerak sejauh kira-kira 720.000×24 =
17.280.000 km dalam sehari, begitu pula bumi yang bergantung
padanya.)

Apabila air dua lautan bertemu..

Air Laut Tidak Saling Bercampur

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. “
(QS. Ar-Rahman:19- 20)

Pada ayat di atas ditekankan bahawa dua badan air bertemu, tetapi
tidak saling bercampur akibat adanya batas. Bagaimana ini dapat
terjadi? Biasanya, bila air dari dua lautan bertemu, diduga airnya
akan saling bercampur dengan suhu dan konsentrasi garam cenderung
seimbang. Namun, kenyataan yang terjadi berbeza dengan yang
diperkirakan.



Misalnya, meskipun Laut Tengah dan Samudera Atlantik,
serta Laut Merah dan Samudera Hindia secara fizik saling bertemu,
airnya tidak saling bercampur. Ini kerana di antara keduanya
terdapat batas. Batas ini adalah gaya yang disebut “tegangan
permukaan”.

Begitulah firman allah dan dibuktikan kita dengan penemuannya..Subhana Allah..

Friday, February 18, 2011

air

Sebagai mana yang dikatakan oleh para saintis, dunia ini terdiri dari tanah dan air. Dalam dunia sains, mereka mendapati air adalah sebanyak 71% dan tanah adalah sebanyak 29%.

Sebenarnya dalam Al-Quran banyak kali dinyatakan mengenai air dan tanah. Setelah membuat pengiraan didapati Allah telah menyebut mengenai air sebanyak 32 kali dan tanah sebanyak 13 kali. Oleh itu, dengan menggunaka

n pengiraan matematik yang mudah

Air + tanah = 32 + 13 =45

Peratusan air,

32/45 X 100 = 71.1111111

Peratusan tanah,

13/45 X 100 = 28.888889

Oleh itu apabila dibundarkan ke nombor bulat, dapatlah peratus bagi air dan tanah. Tidakkah kita sedar bahawa sememangnya Allah telah menurunkan kitab Al-Quran dan memberikan petunjuk didalamnya!!!



Read more: http://www.zilhan.com/tahukah-anda-peratusan-air-dan-tanah-dalam-al-quran/#ixzz1EJYqmMBV

udara

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #117)

kitaran air

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #22)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #164)

dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #6)




Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #99)

Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Dalam tahun 1580, Bernard Palissy adalah orang yang pertama menerangkan konsep kitaran air yang ada pada masa kini. Dia menjelaskan bagaimana air menyejat ke udara daripada lautan dan kemudiannya menyejuk membentuk awan. Awan ini bergerak ke daratan dan naik ke atas, meluwap dan kemudiannya jatuh sebagai hujan.
Air ini mengumpul menjadi tasik dan sungai, dan mengalir semula ke lautan dalam kitaran yang berterusan. Dalam Abad Ketujuh Sebelum Masehi , Thales of Miletus mempercayai bahawa renjisan air di permukaan lautan di bawa oleh angin ke daratan kemudian jatuh sebagai hujan.
Pada masa dahulu manusia juga tidak mengetahui sumber bagi air bawah tanah. Mereka menganggap air dari lautan diasak masuk ke pendalaman kesan dari angin yang bertiup kencang ke arah daratan. Mereka juga percaya air kembali ke daratan melalui laluan rahsia atau ‘ Jurang Besar’(Great Abyss). Laluan ini bersambung hingga ke lautan dan dipanggil sebagai ‘Tartarus’ sejak dari zaman Plato.


Sehinggakan Decartes, seorang pemikir termasyur pada Abad Kelapanbelas menerima pandangan ini. Sehingga ke Abad Kesembilanbelas, Teori Aristotle pula diketengahkan. Mengikut teori ini, air telah meluwap di dalam gua-gua di pergunungan yang sejuk dan kemudian membentuk tasik-tasik bawah tanah yang menjadi sumber air bagi mata air. Tetapi kini kita telah mengetahui bahawa air hujan yang meresap masuk ke dalam tanah melalui rekahan-rekahan tanah menjadi sumber mata air.

Wednesday, February 16, 2011

Besi


Firman Allah berkaitan dengan besi:

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #96)

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #80)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;
( سورة سبأ , Saba, Chapter #34, Verse #10)

Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
( سورة سبأ , Saba, Chapter #34, Verse #11)

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
( سورة الحديد , Al-Hadid, Chapter #57, Verse #25)



Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al Qur'an. Dalam Surat Al Hadiid, yang berarti "besi", kita diberitahu sebagai berikut:

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ...." (Al Qur'an, 57:25)

Kata "anzalnaa" yang bererti "kami turunkan" khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat diertikan secara kiasan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, iaitu "secara benda diturunkan dari langit", kita akan menyedari bahawa ayat ini memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting.

Ini dikeranakan penemuan astronomi moden telah mengungkap bahawa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.

Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem suria kita tidak memiliki struktur yang cocok untuk menghasilkan besi secara mandiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjat. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya gravitasi benda angkasa.

Besi juga adalah satu dari empat unsur yang paling berlimpah di bumi.
Selama berabad-abad besi merupakan salah satu logam terpenting bagi
umat manusia. Ayat yang berkenaan dengan besi adalah sebagai berikut:

“…Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat
dan berbagai manfaat bagi manusia.” (QS. Al Hadid:25)

Ayat ini melibatkan dua kod matematik yang sangat menarik.

“Al Hadid” (besi) adalah surat ke-57 di dalam Al Quran. Nilai
numerik (dalam sistem “Abjad” Arab, setiap huruf memiliki nilai
numerik) huruf-huruf dari kata “Al Hadid” jumlahnya sama dengan 57,
yakni nomor massa besi.

Nilai numerik (Abjad) dari kata “Hadid” (besi) sendiri, tanpa
penambahan “al”, jumlahnya 26, yakni nomor atom besi

Semua ini menunjukkan bahwa logam besi tidak terbentuk di bumi melainkan kiriman dari bintang-bintang yang meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan "diturunkan ke bumi", persis seperti dinyatakan dalam ayat tersebut: Jelaslah bahwa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah pada abad ke-7 ketika Al Qur'an diturunkan.

Anak soleh

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Balasan anak-anak yang soleh adalah syurga. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud:
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #23)

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Doa untuk mendapatkan anak yang soleh:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
( سورة الصافات , As-Saaffat, Chapter #37, Verse #100)

Itulah doa ibu bapa yang sentiasa bermain dihati. Tanya pada hati dan akal, adakah kita ini lahir sebagai anak yang soleh seperti yang diidamkan...fikirkan..

Sebagaimana kisah kelahiran Nabi Yahya yang telah dijelaskan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri dari berkahwin dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh..
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #39)



Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38


Yang bermaksud :
” Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :


Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.


Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :


Yang bermaksud : ” Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri.

Tuesday, February 15, 2011

siang dan malam


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #190)

dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #60)



dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #60)

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #67)

dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
( سورة هود , Hud, Chapter #11, Verse #114)

Allah juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

Langit dan Bumi


Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #101)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #164)

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #284)

Cubalah kita perhatikan langit nan biru. Terdapat banyak sekali benda benda-benda angkasa: Matahari, bulan dan bintang. Satu dengan lainnya begitu indah untuk ditatapi. Sehingga menjadi indahlah langit itu. Demikian juga ada tiga hiasan memperindah bumi. Keharmonisan akan terjaga jika terus menerus memperhatikan keindahan hiasan itu. Apa saja hiasan langit dan bumi itu?

Seorang ulama pernah menulis :

زين الله السماء بثلاثة: الشمس والقمر والنجوم. وزين الله الاض بثلاثة: العالم والمطر وسلطان العادل.

Artinya: “Allah menghiasi langit dengan tiga hal: matahari bulan dan bintang. Demikian pula bumi dihiasi tiga hal: ilmu, hujan dan pemerintah yang adil. “

Ketiga-tiga hiasan di langit seperti matahari, bulan dan bintang banyak sekali ayat alquran menyebutkannya.

Salah satunya adalah matahari sebagai sumber tenaga kehidupan. Dengan sinarnya yang kuat, proses menghasilkan gas oksigen dan makanan yang berada di bumi ini tidak terlepas dari peranan sang sinar matahari.

Dalam alqur’an Allah berfirman:


الذي جعل لكم من الشجر الأخضر نارا فإذا أنتم منه توقدون

“yaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu.” (Yasin: 80)

Dalam penafsiran modern, Qurasy Shihab menerangkan bahawa kayu hijau yang dinyalakan itu adalah zat hijau daun. Klorofil ini seumpama alat memasak tanaman berdaun. Dengan bantuan sinar matahari dan air dari dalam tanah, proses pertumbuhan menghasilkan buah dan gas oksigen yang dilepaskan di udara. Maka hasil tumbuhan baik buah dan oksigen, dinikmati oleh segenap makhluk (biologi) di bumi.

Saturday, February 12, 2011

Solat dan Sains


Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok mengupas mengenai rahsia solat dari segi sains.
                 
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT oleh Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas.
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat. 

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. 

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama,iaitu :
1.tisu aktif
2.tisu tulang
3.komponen air
4. lemak. 

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. 

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. 

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. 

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
 
 

Galaksi







Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan bintang-bintang(dilangit) dan Kami telah menghiaskan langit itu bagi orang-orang yang memandangnya”
(Q15:16)

Bimasakti ialah Galaksi kita yang terdiri daripada cabang-cabang gas,debu dan berbilion-bilion bintang seluasnya 50 000 tahun cahaya.Kelihatan bintang-bintang biru putih di dalam lengan spiral yang amat panas dan lebih muda daripada Matahari,Cahaya jingga nerah datangnya daripada bintang gergasi merah – nebula tempat kelahiran bintang baru.Gugusan bintang yang kelihatan jauh di atas ialah satu daripada ratusan gugusan(clusters) yang terletak sebagau jiran di luar Galaksi kita. ?(Petikan Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran) Jilid 10)