1 | Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2073 Topik adalah Salam. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air." Sabda Rasulullah saw., "Minumkan madu kepadanya." Lalu diminumkanmadu kepadanya. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. lalu katanya, "Telah ku minumkan madu kepadanya, tetapi sakitnya bertambah." Nabi saw. menyuruhnya pula meminumkan madu sampai berulang tiga kali. Dia datang untuk keempat kalinya, Nabi saw. tetap menyuruhnya supaya meminumkan madu. Kata orang itu, "Aku telah meminumkannya, ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga." Sabda Rasulullah saw., "Allah Maha Besar! Perut saudara mu itulah yang dusta." Lalu diminumkannya pula madu, maka sembuhlah saudaranya. |
2 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665 Topik adalah Penyakit. Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri iamadu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri iamadu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya. |
3 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1423 Topik adalah Cerai. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. suka makan manis-manisan dan madu. Bila beliau selesai solat 'Asar, biasanya beliau berkeliling ke rumah para isteri beliau dan mampir sebentar. Pada suatu kali beliau mampir di rumah Hafshah tetapi beliau agak lebih lama tinggal di situ daripada biasa. Lalu kU tanyakan kepada beliau kenapa begitu. Jawab beliau, "Hafshah diberi oleh seorang wanita keluarganya semangkok madu, lalu aku diberinya seteguk." Kata 'Aisyah, "Kami akan memperdayakan beliau. Lalu hal itu ku ceritakan kepada Saudah, dan ku katakan kepadanya, nanti bila Rasulullah saw datang ke rumah mu, maka ketika beliau mendekati mu, katakanlah kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Tentu beliau akan menjawab, "Tidak!" Lalu tanyakan lagi, "Ini bau apa?" Rasulullah saw. sangat benci kalau dia tercium bau minuman terlarang - Nanti beliau akan mengatakan kepada mu, "Aku diberi Hafshah madu seteguk." Lalu jawablah, "Barangkali lebahnya makan bunga 'urfuth," Kata 'Aisyah, "Aku akan mengatakannya begitu kepada beliau. Maka kamu katakan pulalah begitu, hai Saudah! Dan nanti kau suruh pula Shafiyah mengatakannya begitu." Maka tatkala Rasulullah saW. datang ke rumah Saudah, hampir saja, dia mengucapkan kata-kata itu ketika beliau masih berada di ambang pintu, kerana takutnya kepada 'Aisyah. Setelah beliau mendekatinya, barulah Saudah berujar, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Jawab Nabi saw. "Tidak!" Tanya Saudah, "Mulut anda bau apa ini?" Jawab beliau, "Hafshah menyuguhi ku setegukmadu." Kata Saudah, "Kalau begitu, mungkin lebahnya makan bunga 'urfuth." Kata 'Aisyah, "Ketika beliau datang ke rumah ku, aku mengatakan pula kepada beliau seperti itu." Kemudian, ketika beliau datang ke rumah Shafiyah, lalu Shafiyah mengatakan pula begitu. Maka tatkala beliau datang ke rumah Hafshah, dia bertanya: "Apakah Anda mahu minum madu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku tidak memerlukannya;" Kata 'Aisyah selanjutnya, "Kemudian Saudah mengatakan, -Maha Suci Allah! Akibatnya Allah benar-benar mengharamkannya bagi kita ' (gara-gara perbuatan kita)." Lalu ku jawab, "Tenanglah Saudah!" |
4 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1227 Topik adalah Saksi. Dari Aisyah r.a., Isteri Rifaah al Qurazi datang menghadap Nabi s.a.w. katanya: Saya adalah isteri Rifa'h, kemudian saya ditalaknya, dan telah ditalak bain. Lalu saya kahwin dengan Abdurrahman bin Zubir. Tetapi dengan dia saya hanya sebagai jambu-jambu kain saja (tidak apa-apa). Sabda beliau: "Hendak kembalikah engkau kepada Rifaah? Belum boleh, sebelum engkau rasakan air madunya dan dirasanya air madu engkau (bersenggama). |
5 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1367 Topik adalah Kahwin. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu ketika isteri Rifa'ah datang kepada Nabi saw. lalu dia berujar: "Aku bekas isteri Rifa'ah, yang telah ditalak tiga oleh Rifa'ah. Kini aku kahwin dengan 'Abdur Rahman bin Zabir. Tetapi anunya seperti jumbai kain (impotent). Rasulullah saw. tersenyum mendengarkannya, lalu dia bertanya: "Apakah kamu ingin kembali kepada Rifa'ah? Itu tidak boleh sebelum engkau merasakan madunya Abdur Rahman, dan 'Abdur Rahman merasakan madumu (kamu sanggama dengan 'Abdur Rahman)." |
6 | Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2114 Topik adalah Mimpi. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw. lalu dia berkata: "Ya, Rasulullah! Semalam aku bermimpi dalam tidurku melihat setumpuk awan menitiskan minyak samin dan madu. Dan ku lihat orang banyak menadahkan tapak tangan mereka. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kemudian ku lihat seutas tali terhulur dari langit ke bumi. Ku lihat Anda berpegang dengan tali itu, lalu Anda naik. Kemudian seorang lelaki memegang tali itu lalu dia naik pula mengikuti Anda. Kemudian seorang lelaki lain naik pula. Kemudian seorang lelaki yang lain lagi, tetapi tali itu putus. Setelah tali disambungkannya maka dia terus naik." Kata Abu Bakar, "Ya, Rasulullah! Ku mohon kepada Anda, berilah aku kesempatan mentabirkan mimpi itu." Jawab Rasulullah saw., "Silakan Anda mentabirnya!" Kata Abu Bakar, "Setumpuk awan ertinya agama Islam. Adapun minyak samin dan maduyang menitis ialah kitab Quran, manis dan lembut. Adapun Al Quran yang ditadah orang, ada yang memperoleh banyak dan ada yang sedikit. Sedangkan tali yang terhulur dari langit ke bumi, itulah kebenaran yang Anda bawa, lalu Anda ditinggikan Allah kerananya. Kemudian tali itu dipegang orang yang sesudah Anda, maka dia ditinggikan Allah pula. Kemudian orang yang sesudah itu. Kemudian oleh orang sesudah itu, sayang tali putus, tetapi dapat disambungnya kembali dan dia pun ditinggikan Allah. Maka tunjukkanlah kepada ku, ya Rasulullah, apakah tabirku itu betul atau salah?" Jawab Rasulullah saw., "Sebahagian betul dan sebahagian salah." Tanya Abu Bakar, "Demi Allah! Tunjukkanlah mana yang salah?" Jawab Rasulullah saw. "Jangan bersumpah!" |
7 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1407 Topik adalah Perang. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Pernah kami mendapat rampasan dalam peperangan berupa madu lebah dan buah anggur, lalu kami makan dan tiada kami bawa. |
8 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1663 Topik adalah Penyakit. Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu." |
9 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1655 Topik adalah Arak. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. pernah ditanya tentang sebangsa minuman keras yang terbuat dari madu, bernama bit' Beliau berkata: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang)." |
10 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1664 Topik adalah Penyakit. Dari 'Aisyah r.a., Nabi saw. amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu. |
Salam ..
Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.