Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Saturday, October 22, 2011

HAIWAN KORBAN..



D
alil Naqli haiwan korban..


Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor LEMBU BETINA. Mereka berkata: Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #67)


Mereka berkata pula: Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) LEMBU itu? Nabi Musa menjawab: Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (LEMBU BETINA) itu ialah seekor LEMBU yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #68)


Mereka berkata lagi: Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami LEMBU BETINA yang mana satu? Kerana sesungguhnya LEMBU yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih LEMBU itu).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #70)


Nabi Musa menjawab: Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (LEMBU yang dikehendaki itu) ialah LEMBU BETINA yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang) dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya. Mereka berkata: Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar. Maka mereka pun menyembelih LEMBU yang tersebut dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #71)



Dalil Naqli dari Hadis.


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0513 Topik adalah Solat.
Dari Al Barra' bin 'Azib r.a.: "Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami di hari raya korban (idul adha) sesudah solat hari raya." Sabda beliau: "Siapa yang solat seperti solat kita ini, dan berkorban seperti kita berkorban, nescaya betullah korbannya itu. Dan siapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka tidak sah korbannya itu. Abu Burdah bin Niaz, pakcik Al Barra' berkata: "Ya, Rasulullah! Ku sembelih kambing ku sebelum solat, dan aku tahu hari ini adalah hari raya makan minum. Dan aku lebih suka kambing ku menjadi haiwan sembelihan pertama di rumah ku. Sebab itu ku sembelih kambing ku, dan aku makan terlebih dahulu sebelum pergi solat." Jawab Nabi, "Kambingmu itu kambing daging (untuk dimakan)." Kata Abu Burdah, "Ya, Rasulullah! Kami masih mempunyai kambing-kambing kecil, dan ada seekor kambing muda yang lebih berharga bagi ku daripada dua ekor kambing besar. Cukupkah itu untuk korban ku?" Jawab Nabi, "Ya, cukup! Tetapi tidak cukup lagi bagi orang lain sesudahmu."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1653 Topik adalah Korban.
Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korban mu setelah tiga hari."




Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1994 Topik adalah Perintah.
Dari Jundab r.a. bahawa dia menyaksikan Nabi saw. di hari raya Haji, beliau solat dan sesudah itu berkhutbah, mengucapkan: "Siapa yang telah menyembelih korban sebelum solat Hari Raya, hendaklah disembelihnya seekor lagi sebagai gantinya. Dan siapa yang belum menyembelih korban, hendaklah disembelihnya dengan nama Allah."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1908 Topik adalah Korban.
Dari Al Bara' r.a. katanya: "Pakcikku Abu Burdah menyembelih korbannya sebelum solat hari raya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Itu hanya kambing untuk daging makanan (bukan kurban)." Jawab Pakcik, "Ya, Rasulullah! Kambingku hanya tinggal seekor kambing muda." Sabda Nabi saw., "(Kali ini) engkau boleh berkorban dengan itu, tetapi tidak mencukupi bagi yang lain-lain." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya "Siapa menyembelih korban sebelum solat 'Id, dia hanya menyembelih untuk dirinya sendiri (tidak menyembelih kurban), dan siapa menyembelih sesudah solat 'Id maka sempurnalah ibadatnya dan dia telah melaksanakan sunnah kaum muslimin dengan tepat."